u n d e r w o r l d.
about stuffs links home twitter


Sunday, 1 September 2024 | 11:07 | 0 comments


 2024


    Assalamualaikum & hi. Guess what? Selepas 10 tahun baru nak tengok blog ni balik hahaha. So here my first post after 10 years. Alhamdulillah sekarang masih hidup dan sudah pun berumur 25 tahun. Cepat masa berlalu dan banyak juga kenangan, rintangan liku-liku kehidupan. Permikiran pun dah semakin matang & berbeza dari diri 10 tahun lepas. 

Bila aku baca post yang lama-lama kan, terasa cringe do hahaha. Dia macam rasa budak sangat tapi tulah diri aku yang dulu masih mengenal manusia dan dunia. Banyak benda aku belajar bila lepas habis sekolah dan banyak benda yang mengubah diri aku. Dulu blog post semua ber-ana, islamik, dan puisi tapi sekarang tak dah. Rindu diri yang dulu tapi kena sayang diri aku yang sekarang. 

Korang nak tahu ke update apa yang aku buat sekarang? hm tak payahlah. Memalukan je diri sekarang ni tak ada apa yang nak dibanggakan... Okay yelah aku cerita sedikit apa perkembangan diri aku sekarang.

Sekarang aku kerja part-time sebagai cikgu seni visual. Part-time je beb bukan full-time. Dah nak penghujung umur 25 masih tak dapat kerja full-time, memalukan betul kan? Everytime orang tanya kat parents aku yang aku ni kerja apa, diorang jawab kerja sambilan je tak full-time lagi. Aku rasa malu, rendah diri & rasa tak guna. Lagi-lagi bila adik aku dah dapat kerja full-time straight away lepas dia habis belajar lagilah aku rasa diri tak guna. Tapi apa-apa pun aku kena percaya yang Allah akan bagi rezeki suatu hari nanti. Mungkin Allah taknak bagi sekarang sebab nak aku belajar & perbaiki diri, iman dan percaya dekat Dia. Doakan semoga aku sentiasa rajin & dapat capai impian aku. 

Okaylah itu je kut nak cerita dalam post ni. In shaa Allah akan datang aku up sini lagi. Eh lupa nak bagitahu, kepada Nik Adlina 10 tahun yang lepas, impian anda nak kurus & cantik dah tercapai dan sudah 6 tahun masih kekal. Okay bye.